Friday 30 December 2011

Jalan-jalan sedut angin.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Hi korang! Apa khabar? Ada khabar baik ka? Harap-harap baik semuanya. Amin. .Errmm,Saya ?Ohoo. Saya kan dah banyak hari jugak lah kurang sihat. Bukan sakit teruk pun, batuk kahak(uhukk)+Selesema(asyik meleleh,pastu jilat sikit,ehee,tak tak,tipu je) dan Sakit tekak.Tang sakit tekak tu azab sikit ,bukan apa,bila nak telan apa jua jenis makanan ,minuman mahupun telan ayaq liuq(air liur)sekali pun,Ya rabbi..Sakit amat. Uhukks :'(
Tapi,itu tidak menjadi masalah kerana saya anggap itu semua hanya dugaan kecil saja. Kat luar sana tu lagi banyak insan yang menanggung penyakit yang lebih berat dari saya.Minta jauh lah itu semua dari menimpa diri saya mahupun kamu semua.Sihat2 saja semua hendaknya.Amin :)

Okay, panjang sungguh greetings kali ni. haha. Saja nak bertanya khabar dan menceritakan khabar saya sedikit sebanyak.Boleh gitu? Tehehe.  Actually, kali ni, kita update sebab nak bagitahu kita dan family de amor jejalan makan angin masuk ikut depan, keluar ikut belakang,tehehe..Bukan makan angin pergi Austrlia,  Paris,London,United Kingdom,Korea,dan blablabla.Kita makan angin ke Keyell saja,I mean Kuala Lumpur dan terus ke Seremban saja. Hek eleh,mesti ada yang kata,pergi situ pun nak kecoh. Watlek,watcool,watderkkk,watomey-omey,wat ala tomei-tomei,boboi otototooo suda.Pedulik hape orang nak kata apa,janji hidup bahagia.Jauh jugak tu dari Penang nak ke KL-Seremban.Mampu nak kasi satu badan kebas. Ahaha, yela,kita dah lama tak makan angin,duduk rumah, ngadap Fb sampai juling,ngadap Tv sampai nak muntah,ngadap buku(kekadang)sampai nak pengsan ,mana ada masa nak pergi bercuti, ni saja harapan nak ke sana sini pun. Ni pun bertuah dapat jejalan sebab nak mengantar anak kesayangan kita balik Seremban.Ulang balik, anak kita, hahaha, tidak lah, anak buah kita.Si boolaat Nur Cinta Emili namanya. Dia duduk dengan kita nak dekat 2-3 minggu jugak lah . Kita lah yang jaga dia(Cinta),suap dia makan,kadang tuh mandikan dia,bawak dia jejalan,gusti dia,geletek dia,usik dia sampai nangis,teman dia tidur.Semuanya kita yang buat.Nampak macam mashu yang mithali kan? Haha*evil laugh..Kalau boleh dia tak nak pun balik Seremban sebab dia sayang mashu dia ni. Dia kata" nanti kakak rindu mashu*sambil nangis". Oh, tacing.Sobs.Tapi dia kena balik jugak sebab sekolah dah nak bermula dan cinta pun dah nak masuk darjah 1.Besar dah iyeeeww.hehe.. Dan sekarang dah dekat seminggu sejak hantar dia balik Seremban itu hari,dan kini kita sunyi,bosan dan rindu dia sesangat.Huhu.


Noktah di situ, kita sambung balik cerita jalan-jalan sedut angin tu balik. Wee. Kita tak kemana sangat pon dekat KL tu. Day 1(Jumaat) sampai2 je dekat KL masa tu dah pukul 3 lebih. Check in hotel,rehat2 sekejap. Keluar pulak lepas tu cari makan. Yummy. Dan sepanjang berada di KL pun kita orang satu family banyak turun naik LRT+Monarail je. Senang dan sve pocket. Sebab cheq nak habaq mai, kalau naik kereta time tu,sure habiskan masa lama dalam kereta sbb terperangkap dlm kesesakan lalu lintas. Wa cakap sama lu jugakk ,KL kalau tak jam bukan namanya Kuala Lumpur la kan tambah2 masa tu pulak nak Christmas Eve. Mak aihh,memang penuh la dengan manusia. Sesak napaih rasa kalau duduk sana.Silap haribulan mampu pengsan tak sedar diri kat sana.Haha, itu lebih sangat.Haritu pun dah lewat, sempat lepak dekat Sogo kejap je. Hanya mampu jamu mata sebab nak beli tak terdaya .Terlampau ramai orang. Tak sanggup nak berpeluh ketiak beli barang lepas tu beratur pulak nak bayar. Ada Sale pun ku pandang sebelah mata je. huu.

Next,day 2. Kitaorang jalan lagi guna kaki menapak naik tangga tunggu train nak pergi Bukit Bintang. Yeh, tempat orang2 dasat lepak sana, Haha.Sampai sana, sekali lagi mak aihhh yang mampu keluar, ramaiiii betul la orangnya pun. Tetambah masa pergi Pavillion. Masa tu pulak ada pameran,errk,pameran ke? ahh,bedal la, time tu ada pameran buddy bear atau World Tour Buddy Bear. Buddy Bear?apa tu? Buddy Bear tu actually patung, patung yang sangat besar ,gemuk dan comel yang dilukis sendiri ikut kreativiti negara masing2.Usaha Malaysia adakan Pameran Buddy Bear ni nak menyatukan Malaysia dengan satu dunia. Dan Malaysia merupakan ahli buddy bear yang baru dan kali pertama terlibat dengan world tour Buddy Bear ni. Berbangga dapat melihat sendiri depan mata. tehehe:) Dari pagi smpai kepetang jejalan kat sana dan malamnya ke I -City,Shah Alam. This is my 2nd time pergi situ.Kali ni,tempat itu mampu membuatku tahan napas smpai perut kempis sebab terlampau padat dengan manusia.haih, Sesak sesak. And what makes me double happy that night, beside happy with my family ,i feel  happy because of someone. Punya la kecik dunia ni,dekat I city yang sesak tuh jugak nak berjumpa pun. Tenene. Nak tahu siapa? Jeng jeng jeng. Tunguuuuuu.Gambar yang akan menceritakn segalanya. Wee:)

Day 3: KL to Seremban . Pagi tu sblm bertolak ke Seremban sempat pergi Sogo and Jalan TAR. Pagi tak ramai sangat . So boleh Shopping! haha.*Skip. Malas bebel lagi pasal KL. Dekat Seremban pulak sesampainya ke sana terus pergi rumah My sis's mother- in -law sebab kakak saya stay dengan mak mertua dia buat smntara sblm rumah dia siap. Lama lah jugak lepak situ siap makan,solat semuanya dan lewat petang sikit pergi PD. Kat situ pun pack, mana2 pergi je mesti ramai orang.Ni semua sebab cuti sekolah la ni. Brrr. Dan malamnya ,we are going to Baden-baden Bundle.Kalau sape yang stay PD sure tahu Famous kot tempat tu.Berbaloii oiii shoping situ, semua murah.Bundle la katakan.Tapi barang still quality baik punya Seperti trademarknya Baeeiikkkk Punya! Then time to isi perut -sampai senak-bau kambing-feeling ada di Arab-muka nak Arab2 sikit,*errk takda kena mengena-tak larat nak jalan sebab malam tu makan Nasi Arab dalam dulang. Dan konsep tempat makan tu sangat unik. Kalau sekali tgk dah macam kenduri sebabnya buat dalam kawasan perumahan dan tempat tu sendiri merupakan rumah yang diubahsuai untuk jadi tempat makan. Memang santai habis.Nasi Arab Damsyik nama tempat tu.Famous .Memang harus pergi kalau ke Seremban Wee. Balik pon dalam keadaan perut kekenyangan.Betulla orang kata. Perut kenyang hati pon senang. Haha.

Ok. Moh jamu mata pulak dengan gambar sepanjang cuti di Keyeeelll dan Soromban ni.Ceq nak tempek gambaq banyak2 biaq hampa semua muntah hijau. Pastu biaq hampa tungu loading lama2.Wee:D

                                                             Taraaaa! Operasi jamu mata.
Day 1: Gambar sikit gigil sebab photographer parkison kejap,haha.
Pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur.Subahanallah,indah sungguh ciptaanNya. I'm mesmerized ! :')
Day 2: Ehem,ada sama tak? tehehe.
Angkat jemuran,hari mahu hujan.:D
Bini2ku gangster,ahaks. No la, introduce,the woman in this picture is my sister and her husband with their  lovely son:)
Tgk,bebudak sekarang ni phone tak lepas dari tangan,hebat sungguh! Kuasa science and technology mampu melahirkan jenerasi yang berinovasi,eceh.
Wajah ini perlu ada dalam setiap gambar, ekeke:)
Omey kan kan kan?Buddy Bear tu lahh.:)
Ketiakss yang terlampau karat baunya mampu membuatkanku beraksi seperti ini,ahaks:)
My brother-dalam-hati-ada-taman,Ezzat:)
I love them !:)
Kota Metropolitan 
Pancutan air menceriakan pemandangan.Haha,tak tahu caption apa sesuai.

Pedulikan mereka yang lain, janji kami bahagia:D
"Peace cannot be kept by force.It can only be achieved by understanding"-Albert Einstein
Perhatikan orang di belakang tu,sibuk jugak nak ambik gambo. ahaksss.-.-
Tangga yang menjadi kemestian untuk lepak kalau di Pavilion. Betul kan?
Gegaran yang terhasil disebabkan kecomelan kami, ekekeke.
Cantik kan?
She's my everything. I love you Mama:)
Cinta yang sentiasa berkepit dgn mashu nya:D
:)
Tak berpeluang nak naik benda pusing2 ni disebabkan terlampau ramai manusia, sobss :'(
Taraa, dia ni la someone yang saya kata tadi. ehem. Cover muka dengan pashmina.:')
Mereka yang menceriakan hari2ku,Mashu rindu:'(
Day 3 :Pantai Port Dickson .
Baden-baden Bundle. Baeeiik Punya.
Merembes air liur,srupp.
Kelaparan terserlah . Haha.
Sekali pandang macam makan dekat kenduri,berkali2 pandang nampak nasi arab, ya Habibi.
Saat yang menyayat hati. Sobss. Cinta dan rayyan nanes tgk mashu dia nak balik da.:'(
Ok,babai, nak balik da.:)


Okay, ehemm,*batuk sebab gatal tekak.*erk.Niatku di sini bukan mahu menunjuk2 dengan apa yang dimiliki,cuma hanya mahu bercerita kisah hidup yang kadang kala sukar untuk dirasai. Kegembiraan yang indah hanya bersama mereka yang tersayang.
Itu sahaja untuk kali ini, hmm,2011 bakal melabuhkan tirai,2012 pula bakal menjelma mengetuk hari2 yang bakal mendatang. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari2 sebelumnya. Insya-Allah. I will be missing you 2011 yang penuh dengan suka duka, ;')

Assalamualaikum.





.





3 comments:

  1. holaa tyra, weeeee

    jemput dtg ke blog baru sy, pomot jap, haha

    http://fieydaazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tenene. da follow da blog anda! :D

    ReplyDelete
  3. hey kawan,ingat aku lagi tak echah??
    sesila jejemput dtg blog aku
    http://esahhyangsebenornya.blogspot.com/

    ReplyDelete