Sunday 17 June 2012

Friday Activity! :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai bloggers sekalian :D

 Hai, apa khabar, how's your weekend? is it going smoothly? hope you guys enjoy your day !Cheers:)  btw, tetiba rasa mcm ter-rajin pulak nak update blog even langsung takda idea nak tulis apa. Haissh, nampak benor otak ni dah berkarat . tenenene. Ni nak cerita ni? Ada sesapa sudi baca? Takda pon takpe. Mmg buat blog untuk syok sendiri pon kan. Haha.

Ok, here we go. Hari jumaat hari tu, tempat aku ada buat trip. yeah, budak2 punya trip. Trip pergi Zoo Taiping  melawat kawan2 haiwan di sana, haha. Seriously, dah lama tak pergi sana since last  4-5 years ago kot. So ni kira peluang keemasan lah kan nak jejak kaki pergi sana balik. Semua ditanggung bersih oleh pihak tadika. Thank you so much! Love you Supergood! hehe . Ni kira second time la nak jaga budak2 pergi trip. Before this pernah jugak,waktu kerja dengan tadika sebelum ni tapi just pergi balai bomba berdekatan je. Budak2 pon tak ramai, but this time a bit different . Jumlahnya agak banyak sebab semua cawangan tempat aku kerja pergi, lebih kurang 6/7 cawangan jugak lah so banyangkan lah betapa ramainya budak2 dan betapa bnyknya kerenah yang kena layan, huhu. Agak cuak la sebab nak kena handle bebudak ni baik2 !Handle witth care bak kata omputih, haha. Anak orang tu weh ! Tanggungjawab besar nak jaga bebudak tu semua. But alhamdulilah, tiada kemalangan jiwa dan raga di laporkan sepanjang berada di sana,hihi.Eventhough a bit tired but everything turns out great! Bebudak pun tersenyum lebar menandakan mereka seronok dengan trip ni.

Ok,malas la nak taip panjang2, ayuh,kita saksikan gambar2 yang akan dipaparkan sebentar lagi. Scroll jangan tak scroll :D

Tadaaaaa !





before go, get ready to snap a photo! 1,2,3 cheers :D

Dalam bus pon jadi lah kan? haha.:)
sweet memories :)
Kids :)
see,comel kan ?gerammmmmm .


sefamili cimpanzi sibuk mencari kutu. hakhak:D
Buaya Tembaga menakutkan namun Buaya Darat lebih menakutkan. *nmpk permainan dia? haha
Seladang beraski tidak sopan,org ambik gambar dia tunjuk funggung pulak -.-
yeah,can see how excited they are!
sebenarnya para teacher yg lebih excited ,so comelzz..erkk.yeke?
dah nak balik, take a lunch 1st,berkelah di bawah  pokok.:D


hihi, itu sahaja gambar yang mampu diuploadkan sebab malas nak resize bagai, nampaknya malasku makin bertambah hari demi hari. huahuahua. Apa2pun trip ini memerikan seribu satu kenangan buat semua. yeah.Tapi rasanya cukuplah sekali sebab penat wooooihh. kuikuikui.

p/s: kali ini 'aku' digunakan sebagai kata ganti nama diri  pertama . Takperlu skema sangat kan? hahaha. kbai.

till then,
salam :)









Sunday 20 May 2012

Pengalaman


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakyat jelata semua.Ehem apa kabar? Moga-moga baik hendaknya. fuh fuh! bahasa Malaysia A la mcm ni. hihi. Agak lama rasanya aii ta update belog ni,kesian kan kau wahai blog,dibiarkan sepi tanpa tuan,dibiarkan bersawang,berhabuk,berdaki tanpa dibersihkan. :(

Erm,tak sangka kan,pejam celik-pejam- celik dah masuk pertengahan bulan 5 dah kan sekarang.Bulan 5 macam2 hari peristiwa berlaku,hari pkerja,hari ibu,hari guru. hee. Lagi 2 bulan puasa pula menjelma. Tak lama lepas tu pulak budak2 sekolah semua menghadapi peperiksaan maha besar mereka,ada pra percubaan,percubaan apa semua.UPSR,PMR,SPM STAM,and STPM. cuak tak? sekarang boleh lah relax lagi,goyang kaki,bersuka ria,fefeeling macam orang dah habis sekolah,tapi jangan sampai last2 minit baru kelam kabut nak stadi, tunggang terbalik la adik-adik semua.tolong jangan contohi tabiat turun temurun ni.haha,Masa depan tu dikk! so pesanan akak aka senior korang, stadi biar smart, result biar gempak ok? So,in advance i want to wish you best of luck!Peace. :)

Ok, actually lah kan, tujuan update blog ni pun sebenarnya nak membuktikan blog ni masih wujud, kihkih. And and anddd here i want to share my working experience . yeah! Saya seorang wanita bekerjaya sekarang. bukan lagi penggangur terhornat.tenene. Lama sebenarnya nak share dengan korang semua hari2 yang kulalui sekarang,tapi tak tahu kenapa masa sangat jeles dengan kita . haha.

Kalau nak tahu,sebelum ni,insan yang bernama tyra mohamad tak pernah langsung mencari duit poket sendiri dengan bekerja. Even dulu lepas SPM pun tak pernah nak buat part time job.Banyak alasan diberi,*lecehla, tak reti la,penat la,blablabla. Tapi keadaan sudah berubah, situasi semakin mendesak, duit poket pon makin nipis sebab bila semua benda nak kena pakai duit ,itu ini nak kena guna duit. Keluar duit pun macam air.Kalaulah air tu jadi duit takpe jugak So,nak tak nak kena cari kerja demi tak mahu menyusahkan family. Hihi*gelak comel sikit*,makanya lepas je habis exam Stp itu hari, member pun ada offer kerja jadi promoter baju for mens, hanya  untuk 2 weeks je sebab time tu Chinese New Year. Then , apalagi,peluang jangan dilepaskan. Masuk jugak duit daripda duduk rumah menternak lemak bertan-tan, haha. Kerja-kerja non stop sampai habislah sudah tempoh dua minggu tu. Tak mampu nak teruskan lagi sebab kerja berdiri memang memenantkan ! haha.

Then,pencarian kerja seterusnya bermula. Habis je kerja sebagai promoter tu, kita  mintak pulak kerja dekat tadika/taska. At last, dapat!Tadika Anugerah Pintar. Kerja dekat situ pun hampir 2 bulan jugak la. Even sekejap tapi banyak pengalaman dapat dari situ, seronok bila dikelilingi dengan budak2 kecik.They are so cute..Rindu lah pulak rasa. uhu.

Nak dijadikan cerita,lepas tu ,awal bulan 4 kita kerja dekat tempat lain. Disebabkan diri ini penyayang dan disayangi kanak2,hehe. makanya kita pergi interview as a teacher. Alhamdulilah dapat. but for this time, tadika cina pulak. Eventho  baru nak masuk 2 bulan kerja situ, tapi seriously i loved that place. I love all kids there,kerja pun buat masa ni berjalan lancar dan membuatkan saya terharu bila ada seorang budak chinese ni everday told me that she loves me. Ayat dia mcm ni. "Teacher tira,teacher tira,i love you," hee,comel sangat bila dengar.tapi sayang,tak sempat nak rapat sangat, that girl dah pindah. huhu.So ,harap2 la sebelum dapat panggilan mana2, dapatlah kerja cari pengalaman sebanyak mungkin sebab pengalaman macam ni tak selalu dapat. :)



Setiap orang mempunyai pengalaman sendiri,kerana pengalaman yang memantangkan kita, juga melalui pengalaman kita akan belajar dari kesilapan. Betul tak?


Jadi,ini merupakan pengalaman kerja saya, korang pulak macam mana?




Till then, salam :)







Wednesday 11 January 2012

# Wordless Wednesday : Jom Tambah Lemak!

 Assalamualaikum. Hai semuaaaaa! This is first entry for 2012! Hope its not too late to wish you guys Happy New Year ! tenene. Malas nak taip banyak2 ,kata hari kurang kata2 kan. haha. So,I m here just to promote you guys some awesome place which is quite affordable yet delicious ! yummyh. What you guys waiting for, jom terjah tempat2 ni, seriously ok !

                                                                     JOM CHECKED IT OUT !

First Place:


The Manhattan Fish Market. pestime makan kat sini, tu pon setelah dipromote Mr.A. ahakss
Cappucino. erk .correct spelling? ahh,bedal lah.
Mocha for me. Nasib kita batuk time ni,kalau tak takdenya nak order ni. haha.
See. Dia masak depan kita woooooo. Terkejuittt mak tgk dia fire macam tu. Haha
Eheem. Makanan sihat. Semua makanan laut. You should try this:D
dessert for that day: Tiramisu. I love tiramisu sebab ada nama kitaa. haha.
Errk,muka ni perlu ada untuk mengambarkan keeksaited'an mengorder menu. Miahaha.
Unutk maklumat lanjut or nak survey korang boleh search their website :http://manhattanfishmarket.com

Second place:

Seoul Garden . Second time pergi sini. Chinese's Family kat belakang tu siap buat burfday partayyy lagi . Ahh, best!

Time ni lah korang semua boleh tunjuk kepakaran memasak ala-ala Chef Wan korang dekat mak ayah.,pakwe makwe,adik-adik,abang-abang,kakak-kakak watsoeva sebab boleh main cambak je segala jenis dekat situ.Hebat kan?Takde sapa marah sebab tak payah semak dapur rumah. haha
Banyak pilihan. Korang boleh ambik apa je korang nak sebanyak mana pun pastu makan sampai kembung.
Tapi jangan membazir ok, nanti tak habis kena bayar balik.
Semua tu not well cooked yet, so korang pilih then start main masak-masak. :D
Gigih masak ! Haha.


Ya, sebelum nak masuk dan main masak-masak ,makan smpai kenyang,you guys kena bayar dulu di kaunter and pilih jenis soup apa yang korang nak and for me, of course Tomyam!
 Notice: gambar di atas semua berlaku pada hari,waktu dan tarikh yang berlainan. Wuhuu..

For more info about this place,boleh checkitout di sini juga:http://www.seoulgarden.com.my/

Hobi terbaru tuan empunya blog: makan-masak-makan-masak, jangan tanya kenapa entry lepas ni pasal makanan.haha.

Till then, Salam:D





Friday 30 December 2011

Jalan-jalan sedut angin.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Hi korang! Apa khabar? Ada khabar baik ka? Harap-harap baik semuanya. Amin. .Errmm,Saya ?Ohoo. Saya kan dah banyak hari jugak lah kurang sihat. Bukan sakit teruk pun, batuk kahak(uhukk)+Selesema(asyik meleleh,pastu jilat sikit,ehee,tak tak,tipu je) dan Sakit tekak.Tang sakit tekak tu azab sikit ,bukan apa,bila nak telan apa jua jenis makanan ,minuman mahupun telan ayaq liuq(air liur)sekali pun,Ya rabbi..Sakit amat. Uhukks :'(
Tapi,itu tidak menjadi masalah kerana saya anggap itu semua hanya dugaan kecil saja. Kat luar sana tu lagi banyak insan yang menanggung penyakit yang lebih berat dari saya.Minta jauh lah itu semua dari menimpa diri saya mahupun kamu semua.Sihat2 saja semua hendaknya.Amin :)

Okay, panjang sungguh greetings kali ni. haha. Saja nak bertanya khabar dan menceritakan khabar saya sedikit sebanyak.Boleh gitu? Tehehe.  Actually, kali ni, kita update sebab nak bagitahu kita dan family de amor jejalan makan angin masuk ikut depan, keluar ikut belakang,tehehe..Bukan makan angin pergi Austrlia,  Paris,London,United Kingdom,Korea,dan blablabla.Kita makan angin ke Keyell saja,I mean Kuala Lumpur dan terus ke Seremban saja. Hek eleh,mesti ada yang kata,pergi situ pun nak kecoh. Watlek,watcool,watderkkk,watomey-omey,wat ala tomei-tomei,boboi otototooo suda.Pedulik hape orang nak kata apa,janji hidup bahagia.Jauh jugak tu dari Penang nak ke KL-Seremban.Mampu nak kasi satu badan kebas. Ahaha, yela,kita dah lama tak makan angin,duduk rumah, ngadap Fb sampai juling,ngadap Tv sampai nak muntah,ngadap buku(kekadang)sampai nak pengsan ,mana ada masa nak pergi bercuti, ni saja harapan nak ke sana sini pun. Ni pun bertuah dapat jejalan sebab nak mengantar anak kesayangan kita balik Seremban.Ulang balik, anak kita, hahaha, tidak lah, anak buah kita.Si boolaat Nur Cinta Emili namanya. Dia duduk dengan kita nak dekat 2-3 minggu jugak lah . Kita lah yang jaga dia(Cinta),suap dia makan,kadang tuh mandikan dia,bawak dia jejalan,gusti dia,geletek dia,usik dia sampai nangis,teman dia tidur.Semuanya kita yang buat.Nampak macam mashu yang mithali kan? Haha*evil laugh..Kalau boleh dia tak nak pun balik Seremban sebab dia sayang mashu dia ni. Dia kata" nanti kakak rindu mashu*sambil nangis". Oh, tacing.Sobs.Tapi dia kena balik jugak sebab sekolah dah nak bermula dan cinta pun dah nak masuk darjah 1.Besar dah iyeeeww.hehe.. Dan sekarang dah dekat seminggu sejak hantar dia balik Seremban itu hari,dan kini kita sunyi,bosan dan rindu dia sesangat.Huhu.


Noktah di situ, kita sambung balik cerita jalan-jalan sedut angin tu balik. Wee. Kita tak kemana sangat pon dekat KL tu. Day 1(Jumaat) sampai2 je dekat KL masa tu dah pukul 3 lebih. Check in hotel,rehat2 sekejap. Keluar pulak lepas tu cari makan. Yummy. Dan sepanjang berada di KL pun kita orang satu family banyak turun naik LRT+Monarail je. Senang dan sve pocket. Sebab cheq nak habaq mai, kalau naik kereta time tu,sure habiskan masa lama dalam kereta sbb terperangkap dlm kesesakan lalu lintas. Wa cakap sama lu jugakk ,KL kalau tak jam bukan namanya Kuala Lumpur la kan tambah2 masa tu pulak nak Christmas Eve. Mak aihh,memang penuh la dengan manusia. Sesak napaih rasa kalau duduk sana.Silap haribulan mampu pengsan tak sedar diri kat sana.Haha, itu lebih sangat.Haritu pun dah lewat, sempat lepak dekat Sogo kejap je. Hanya mampu jamu mata sebab nak beli tak terdaya .Terlampau ramai orang. Tak sanggup nak berpeluh ketiak beli barang lepas tu beratur pulak nak bayar. Ada Sale pun ku pandang sebelah mata je. huu.

Next,day 2. Kitaorang jalan lagi guna kaki menapak naik tangga tunggu train nak pergi Bukit Bintang. Yeh, tempat orang2 dasat lepak sana, Haha.Sampai sana, sekali lagi mak aihhh yang mampu keluar, ramaiiii betul la orangnya pun. Tetambah masa pergi Pavillion. Masa tu pulak ada pameran,errk,pameran ke? ahh,bedal la, time tu ada pameran buddy bear atau World Tour Buddy Bear. Buddy Bear?apa tu? Buddy Bear tu actually patung, patung yang sangat besar ,gemuk dan comel yang dilukis sendiri ikut kreativiti negara masing2.Usaha Malaysia adakan Pameran Buddy Bear ni nak menyatukan Malaysia dengan satu dunia. Dan Malaysia merupakan ahli buddy bear yang baru dan kali pertama terlibat dengan world tour Buddy Bear ni. Berbangga dapat melihat sendiri depan mata. tehehe:) Dari pagi smpai kepetang jejalan kat sana dan malamnya ke I -City,Shah Alam. This is my 2nd time pergi situ.Kali ni,tempat itu mampu membuatku tahan napas smpai perut kempis sebab terlampau padat dengan manusia.haih, Sesak sesak. And what makes me double happy that night, beside happy with my family ,i feel  happy because of someone. Punya la kecik dunia ni,dekat I city yang sesak tuh jugak nak berjumpa pun. Tenene. Nak tahu siapa? Jeng jeng jeng. Tunguuuuuu.Gambar yang akan menceritakn segalanya. Wee:)

Day 3: KL to Seremban . Pagi tu sblm bertolak ke Seremban sempat pergi Sogo and Jalan TAR. Pagi tak ramai sangat . So boleh Shopping! haha.*Skip. Malas bebel lagi pasal KL. Dekat Seremban pulak sesampainya ke sana terus pergi rumah My sis's mother- in -law sebab kakak saya stay dengan mak mertua dia buat smntara sblm rumah dia siap. Lama lah jugak lepak situ siap makan,solat semuanya dan lewat petang sikit pergi PD. Kat situ pun pack, mana2 pergi je mesti ramai orang.Ni semua sebab cuti sekolah la ni. Brrr. Dan malamnya ,we are going to Baden-baden Bundle.Kalau sape yang stay PD sure tahu Famous kot tempat tu.Berbaloii oiii shoping situ, semua murah.Bundle la katakan.Tapi barang still quality baik punya Seperti trademarknya Baeeiikkkk Punya! Then time to isi perut -sampai senak-bau kambing-feeling ada di Arab-muka nak Arab2 sikit,*errk takda kena mengena-tak larat nak jalan sebab malam tu makan Nasi Arab dalam dulang. Dan konsep tempat makan tu sangat unik. Kalau sekali tgk dah macam kenduri sebabnya buat dalam kawasan perumahan dan tempat tu sendiri merupakan rumah yang diubahsuai untuk jadi tempat makan. Memang santai habis.Nasi Arab Damsyik nama tempat tu.Famous .Memang harus pergi kalau ke Seremban Wee. Balik pon dalam keadaan perut kekenyangan.Betulla orang kata. Perut kenyang hati pon senang. Haha.

Ok. Moh jamu mata pulak dengan gambar sepanjang cuti di Keyeeelll dan Soromban ni.Ceq nak tempek gambaq banyak2 biaq hampa semua muntah hijau. Pastu biaq hampa tungu loading lama2.Wee:D

                                                             Taraaaa! Operasi jamu mata.
Day 1: Gambar sikit gigil sebab photographer parkison kejap,haha.
Pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur.Subahanallah,indah sungguh ciptaanNya. I'm mesmerized ! :')
Day 2: Ehem,ada sama tak? tehehe.
Angkat jemuran,hari mahu hujan.:D
Bini2ku gangster,ahaks. No la, introduce,the woman in this picture is my sister and her husband with their  lovely son:)
Tgk,bebudak sekarang ni phone tak lepas dari tangan,hebat sungguh! Kuasa science and technology mampu melahirkan jenerasi yang berinovasi,eceh.
Wajah ini perlu ada dalam setiap gambar, ekeke:)
Omey kan kan kan?Buddy Bear tu lahh.:)
Ketiakss yang terlampau karat baunya mampu membuatkanku beraksi seperti ini,ahaks:)
My brother-dalam-hati-ada-taman,Ezzat:)
I love them !:)
Kota Metropolitan 
Pancutan air menceriakan pemandangan.Haha,tak tahu caption apa sesuai.

Pedulikan mereka yang lain, janji kami bahagia:D
"Peace cannot be kept by force.It can only be achieved by understanding"-Albert Einstein
Perhatikan orang di belakang tu,sibuk jugak nak ambik gambo. ahaksss.-.-
Tangga yang menjadi kemestian untuk lepak kalau di Pavilion. Betul kan?
Gegaran yang terhasil disebabkan kecomelan kami, ekekeke.
Cantik kan?
She's my everything. I love you Mama:)
Cinta yang sentiasa berkepit dgn mashu nya:D
:)
Tak berpeluang nak naik benda pusing2 ni disebabkan terlampau ramai manusia, sobss :'(
Taraa, dia ni la someone yang saya kata tadi. ehem. Cover muka dengan pashmina.:')
Mereka yang menceriakan hari2ku,Mashu rindu:'(
Day 3 :Pantai Port Dickson .
Baden-baden Bundle. Baeeiik Punya.
Merembes air liur,srupp.
Kelaparan terserlah . Haha.
Sekali pandang macam makan dekat kenduri,berkali2 pandang nampak nasi arab, ya Habibi.
Saat yang menyayat hati. Sobss. Cinta dan rayyan nanes tgk mashu dia nak balik da.:'(
Ok,babai, nak balik da.:)


Okay, ehemm,*batuk sebab gatal tekak.*erk.Niatku di sini bukan mahu menunjuk2 dengan apa yang dimiliki,cuma hanya mahu bercerita kisah hidup yang kadang kala sukar untuk dirasai. Kegembiraan yang indah hanya bersama mereka yang tersayang.
Itu sahaja untuk kali ini, hmm,2011 bakal melabuhkan tirai,2012 pula bakal menjelma mengetuk hari2 yang bakal mendatang. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari2 sebelumnya. Insya-Allah. I will be missing you 2011 yang penuh dengan suka duka, ;')

Assalamualaikum.





.